tiada ungkapan indah buatmu..
tiada nada merdu untukmu..
tiada hadiah membalas jasamu..
jasa yang tiada bandingannya...
Ayah...
tidak kau lahirkan aku..
tapi perit tuk kau besarkan aku..
kau kerahkankan keringat..
kau biakan titis-titis peluh membasahi bumi..
tuk memberi 1001 kebahagian buat anakmu..
Ibu...
kau menanggung sejuta keperitan..
keperitan dalam kegembiraan..
kerana kau mendapat cahaya mata..
anegerah yang terlalu bernilai..
kau belainya..
kau jaganya..
kau taruhkan nyawa..
semua untuknya...
Ayah&Ibu...
malam dingin...
terus larut bersama angin...
terus terbuai dengan bunyian unggas..
yang membuat manusia lena diulit sang mimpi
TAPI...
kau tetap melihat anakmu..
kau pastikan ia lena...
kau pastikan ia cukup semuanya..
walau ia mngambil masa-masa indahmu...
Ayah&Ibu...
nun di sanubari hatiku..
ada istana..
istana hati yang mendendang..
dendangan lagu gembira..
dendangan menghapus dukalara..
dendangan kerana aku ada ayah&ibu sepertimu..
tiada tolok bandingnya kebaikanmu..
Ayah&Ibu...
sedalam lautan...
seluas langit yang terbentang..
ia tetap tidak dapat mnguraikan...
bahawa..
aku cinta padamu..
aku sayang padamu..
aku kasih padamu..
nukilan ikhlas buatmu ayah..
untukmu ibu...
kerana kasih dan sayangmu..
dari anakmu
@>----amirul faiz----<@

No comments:
Post a Comment